Daicy Kawaii
Have a nice day people
daicy kawaii: Homesick

Pages

Thursday, December 17, 2015

Homesick

Views
Good Morning.
Final week before exam memang dah jadi rutin bangun awal, tidur lambat.
Rabak mata!
Dengan takde study weeknya, still kena pergi kelas haih (sedangkan kedatangan dah takde)
Sabar jelah aku. Yang lain dah habis kelas dah boleh start study consistent.
Takpelah dugaan, manalah tahu ada kebaikan pergi kelas sampai hari terakhir.

So homesick eh. Hm siapa je tak homesick. Yang balik selalu pun homesick, takyah cerita ah orang yang tak balik ni. Jujur cakap dalam hati memang homesick tapi ikutkan taknak balik. Rasa macam tak bersedia nak mengadap sakit lain bila balik rumah.

Kalau sakit ni memang susah nak berubat. Kalau hati dah pecah acano nak sambung balik? Hahahah
Tabahlah hati, macam tak biasa.
Tapi kali ni mcm dah serik sikit. So susah nak terima orang. Just boleh berkawan jelah. Nak lebih lebih gi jumpa ayah aku.

Lagipun aku rasa banyak benda nak kena hadap. Dengan latihan lagi. To be honest, latihan latihan ni kuatkan mental aku. Rasa macam boleh buat segalanya tanpa pertolongan orang. Tapi ada kalanya kita perlu juga, bukan semua kita boleh buat. So janganlah jadi bodoh sombong. Mohon simpan sikit, jangan tunjuk kat orang sangat. Malu je!

Dalam perjalanan aku sepanjang sem 1 ni, baru aku faham kenapa kalau setiap kali orang tweet pasal kehidupan kat Uni kena belajar berdikarilah, hidup sendirilah, gerak solo tak perlu puak sana sini.
Sebab kita memang sendiri. Kalau kau ikut je belakang kawan kau tu memang susah ah hidup kau kat sini.
So hidup kau, ikutlah kemampuan diri sendiri. Jangan sebab nak ikut kawan je kau tergadai, kena repeat paper. Kawan kat sini setakat yang aku jumpalah. Boleh buat have fun je. Kalau nak buat susah senang semua tu memang tak boleh.

Masing-masing ada ego masing masing.
Masing-masing ada perangai buruk masing-masing.

Sakit hati sebenarnya bila fikirkan. Sebab dia kawan je kan, aku malas nak layan. Biar jelah.
Cuma kelakar, bila kita buat kat dia balik, tahu pula dia bising.
Sumpah kelakar, aku kalau nak menganjing, menganjing sungguh, Fikir member je kekadang.
Hahahah
Baik sangatlah kononnya aku ni fikir member.

Takpelah, well apa benda orang buat kat aku, aku ingat.
Biarlah aku bagi chance tuk pijak pijak dulu kepala aku yang kecil ni.
Tunggu kepala aku besar, tanduk setan semua keluar satgi.
Hahahaha takdelah aku tak jahat macam ni.
Still boleh fikir matang dan perasaan orang.

Akhir kata, BERTABAHLAH.

3 hari lagi nak final
17 hari lagi nak balik
Hilangkan segala homesick, tidursick, tvsick, katilsick, keluarsick, Noesick.

Keluar hiking tu yang tak sabar tu. Dah lama tak hiking!!

Love, F

Maaf jikalau ada typo. Saya hanya manusia biasa.