Daicy Kawaii
Have a nice day people
daicy kawaii

Pages

Tuesday, October 17, 2017

Hilang lagi?

Views
My last posted on first March 2016 and today is 17th October 2017. Where I have been?

Assalamualaikum wbt.

Setahun lebih menghilang ke manaaa hahaha? Tak hilang pun ada je sedang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang kawan dan seorang kakak.

Jikalau bertanya tak rindu menulis? Haaa mai balik sebab rindu la ni. Selama ni mendiamkan diri kerana tak sempat nak hadap laptop ni, hidup sangat mencabar di luar sana. Melihat tajuk entry saya sebelum ni, sem 2. Agak-agak sekarang kita sem berapa?

Hihi alhamdulillah dah sem 5. Third year sebagai mahasiswi. Cabaran yang dilalui sem 3 dan sem 4 sangat mencabar minda. Sebelum masuk sem 3, aku diuji dengan kejatuhan result aku. Em tak teruk mana bagi orang lain, teruk gila bagi aku. Jadi sem 3 aku bangkit dan baiki pointer aku.

Alhamdulillah, berkorban banyaklah juga. Dengan rushing kerja yang makin mencabar. Latihan berterusan seminggu sepanjang midsem. Rushing lagi dengan midterm, assessment, presentations, final exam memang fuhhh tak menang tangan ah gak kan. Dan final nak pula ada paper deret berhari. Sangat penat. Aku tak seperti rakan yang lain, habis paper terus balik. Aku tak seperti buddy aku yang habis paper dan ada masa untuk balik before annual camp start. Aku habis je paper, selang 2 hari selepas itu terus annual camp. Seminggu ujian, seminggu lagi fasa medan. 

Kemudian sambung sem break 3 minggu dan kemudian kembali ke kolej. Bermulalah sem 4 dan training 12 hari setiap hujung minggu. Makin naik sem, makin banyaklah kerja.

Final sem 4 lagi sakit bila ada 3 paper deret dan kemudian ada lagi 2 paper deret. Mental masa ni jangan ditanya. Breakdown habis. Masa ni happy sikit paper habis awal dan aku antara orang terawal yang balik. Seminggu lepas raya, aku pulang semula ke uni untuk menjalani 2 minggu latihan berterusan. Masa ini mental dan fizikal kami sangat diuji. Pada waktu bounding kami menjadi lagi kuat dan erat.

Sem 4 sekali lagi kecundang 1 subjek dan kali ni pointer aku jatuh tidaklah begitu banyak seperti sem 2. Agak kecewa tapi aku redha. Aku tahu kemampuan aku pada waktu itu, dengan paper deretnya lagi, dengan groupmates tak beri kerjasama yang sepatutnya fuhhhh memang uji segala kesabaran yang ada.

Kini aku sudah memasuki sem 5. Cepat betul masa berlalu. Buktinya aku rasa macam baru je tak menulis kat sini tapi hakikatnya dah setahun lebih haaa tak menulis sini. Bila dah lama tak menulis jadi memang panjanglah penulisan aku kalini untuk cover segala cerita dari sem 3 dan 4.

Aku sekarang dah senior, kurang setahun lagi aku akan ditauliahkan. Happy tau weh bila fikirkan tauliah.  Takut bila fikir apa yang kitaorang perlu lalui lagi. Sem 5 ni agak berat. Aku ambil subjek yang killer yang sepatutnya ambil sem 7 hahaha tapikan daya, member semua ambil. Kita pun ikut sekali. Janji bila dengan diaorang aku tahu aku mampu untuk lakukan.

Sampai sini entry kali ni. Banyak lagi nak kongsi tapi cukuplah sampai sini.
Aku tengah cuti midsem. Dan tak ada training. HAHAHA
Happy boleh balik, tak happy sebab assessment pun ikut sekali.

Thank you for reading and see you on the next entry.
Love, F ❤😎

Maaf jikalau ada typo. Saya hanya manusia biasa.

Tuesday, March 1, 2016

sem 2

Views
Good morning!

Bermulanya dah sem 2, rasanya baru bulan lepas daftar Uni.
Minggu first dah ada training. Ya Allah hahaha penat 3 minggu haritu tak habis lagi.
Walaupun bukan buat pape sangat pun tapi penatlah juga.

Jadual kali ni pack belah petang. Start sem ni pula asyik kena paksa turun petang suruh kekalkan fitness masing masing. Susah nak turun klau kelas yang habis lewat ni. Semangat nak turun but end up atas katil. Pantang letak kepala, confirm tertidur.

Minggu ni minggu air mata jatuh hahaha aku taktahulah kerja nak jatuh air mata je, Penat tahu tak penat. hahahaha tabah jelah hati.

So minggu ni dah second week actually. Suppose to be second week training. Tah tertiba ditangguhkan. Haih lari habis fitness aku nnti. Nak kena turun sendiri cari fitness tu yg susah tu. Takpelah. Redha jelah. Nasib aku masuk ni je. Kalau aku masuk kelab menari juga haih taktahu nak kata apa. Paling malas nak kehulur kehilir.

Have a nice day everyone! Well aku takde kelas harini so memang nice ah hari aku hahaha.
Love, F


Maaf jikalau ada typo. Saya hanya manusia biasa.