Daicy Kawaii
Have a nice day people
daicy kawaii: Final week

Pages

Monday, December 14, 2015

Final week

Views
Lama dah tak update. Nak kata busy tu takdelah selalu. 
Tapi bila satu subject lecturer tu bagi assignment, time tu jugalah semua lecturer nak bagi assignment. So selalunya kalau busy, memang busy gila sampai nak keluar bilik pun susah. Bukan setakat nak kata berjimba, nak keluar gi makan pun pesan kat orang.

Sekarang dah final week, next week dah start final. Haih hari pertama dah ada paper, tapi takpelah paper cepat habis. Boleh balik awal yeayy

Balik ni nak cepat punya pasal, sanggup booked tiket flight paling awal balik KL. Homesick ni dah tahap tak boleh terima akal dah sebenarnya tapi bersabar lagi sebab fikir kita belajarkan. Orang lain beli tiket balik je. Aku pergi balik sebab ada camp. Yeay camp -,- a'ah camp seronok sangat. Ni camp latihan ketenteraan kau tau tak. Aku taktahulah macam mana nanti mental aku. Seminggu haritu pun mental dah agak rabak. Apatah lagi 3 minggu.

3 MINGGU KAU TAU DOK. Haih memang balik hitam legam lah aku.
Dahlah aku dah agak lama gak ah nak dekat 2 minggu tak exercise. Memang aku pancit ah nanti serious aku cakap mampuslah. Dah ah tak exercise, makin kuat makan pula tu. Tiap malam mesti jadi sawan babi jap cari  makanan. Tapi tabahkan diri gi study, kalau tak tahan tidur la apalagi.

Dulu kat matrik nak bangun before subuh tu kacang jelah weh. Tapi bila kat sini masyaAllah, berat bontot tulang mata semua benda ah berat. Harini je aku gagah juga bangun sebab fikir harini kena submit assignment. Tolong jadikan last. Orang lain kelas dah habis, carrymark dah dapat. Kelas aku je yang masih ada assignment yang kena buat and carrymark tak dapat lagi,

Papepun exam ni aku tak kena bar haahahahhah aku takut sebenarnya sebab selalu tak pergi kelas cam harem hahhahaha sedangkan bukan balik ke apa, duk buat taik mata dalam bilik. Haih letih weh nak buat macam mana. Aku kat sini jujur macam takde kawan yang boleh buat semua benda bersama tanpa had. Aku layankan aja perangai diaorg tapi masalahnya kalau asyik nak ikut kepala diaorg je, kepala aku ni siapa nak ikut weh. Kalau orang lain taknak ikut,  at least org tuan punya kepala kena ikut.

Aku rasa aku dah mengarut hahaha aku dah lama tak update so aku just cerita sikit jelah. Tak banyak pun. Baca boleh, taknak baca lagi ah boleh. Dialu alukan untuk tidak membaca entry ini.
Okay doakan aku final exam yang start 20 Disember ni smpai 3 Januari.

Good luck semua. Chaiyok!

Maaf jikalau ada typo. Saya hanya manusia biasa.