Daicy Kawaii
Have a nice day people
daicy kawaii: Where I have been?

Pages

Wednesday, October 7, 2015

Where I have been?

Views
Assalamualaikum wbt.

Amboi cuba tengok tajuk entry harini,where I have been? HAHA.
Alhamdulillah dah sebulan lebih kat Uni Utara ni. Macam macam dah jadi. Sini kokurikulum panggil ko-k. Janganlah Tanya kenapa, sebab aku pun taktahu. Kat sini ko-k aku palapes darat. Orang mesti "uish akak sado" well masuk ni bukannya nak sado.

Jujur dari hati, tak rela pun. Abah yang paksa, lagipun abah tentera kan. Ikut jejak dialah kononnya. Tapi bila dah masuk ni, rasa dia lain. Rasa seronok sebenarnya. Well ada je hari neraka, tapi itu semua akan jadi kenangan manis nanti. Setakat ni, latihan yang nak test test mental tu biasa biasa baru, takde yang lasak sangat. Ada je yang fikir nak quit, salah satu factor saiz badan, mental tak kuat. Tapi bila kita ada kawan dalam satu squat ni ibarat dah macam buddyz, family dah, semua rasa penat hilang malah, seronok sebenarnya.

Saiz fizikal tak menjadi satu masalah kalau mental dan azam kita kuat. Dalam palapes ni kita belajar sesuatu yang baru, tahu erti disiplin dan sentiasa membantu rakan yang lain. Semua aktiviti yang cuba tuk test mental ni, aku rasa sakit penat, dalam masa yang sama aku masih lagi boleh gelak ketawa, bergurau kerana kita tahu. Kita bukan kena sorang. Semua sama je macam kita yang membezakan cara individu itu menerimanya.

For now, so far so good. I am happy here, in palapes family. Tunggulah aktiviti yang lagi lasak dan ganas. Senior, YO, ayah aku yang dulunya rekrut mampu buat malah yang lagi lasak diaorg pernah buat. Takkan lah aku tak mampu. Kalau mental kuat, segalanya mampu dikalahkan. Relaxlah, penat tu perkara biasa. Malah penat itu yang menyeronokkan dikemudian hari. Aku kalau diberi peluang untuk pilih ko-k lain, aku tetap akan pilih palapes. Aku taknak ambil ko-k lain. Sebab apa?

Jikalau ada peluang, sertailah palapes dan lalui pengalaman itu sendiri. Pasti takkan menyesal. Yang penting, kuatkan mental dan fizikal, dan jangan kalah dengan diri sendiri.

Apa apa pun, aku enjoy life aku kat sini. Insya-Allah makin banyak lagi yang aku akan explore.

Setakat ini je entry harini. Assignment belambak, deadline makin dekat.
Sentiasa positif, dan pasti dapat hasil yang terbaik.

Love, F.
Maaf jikalau ada typo. Saya hanya manusia biasa.